12 Jun 2008

MATLAMAT PUSAT KHIDMAT PAS KUANTAN


Era gelombang perubahan politik tanah air selepas PRU12 telah menunjukkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat termasuklah Parti Islam SeMalaysia PAS. Alhamdulillah terdapat perubahan-perubahan yang positif terhadap persepsi rakyat terhadap PAS. Rakyat hari ini sudah mula nampak dan sedar akan matlamat dan perjuangan PAS iaitu untuk mengembalikan manusia kepada Allah s.w.t dan membela masyarakat yang teraniaya dan tidak terbela dari semua kaum tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu PAS telah mengambil peluang diatas sokongan rakyat khususnya dikawasan Kuantan ini untuk memberikan khidmat yang lebih tersusun dan terancang agar masyarakat mudah mendekati PAS dan mendapatkan khidmat daripada PAS serta kerja-kerja da’wah juga dapat disampaikan kepada mereka. Dengan itu, PAS Kawasan Kuantan telah menubuhkan dengan rasminya Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kuantan yang bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kuantan, Taman Guru bermula pada 2 Jun 2008.

Matlamat Penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat PAS:
1.1 Sebagai satu usaha membantu rakyat susah, miskin dan tidak terbela

1.2 Sebagai satu usaha mendekatkan dan memperkenalkan PAS kepada rakyat

bagi membawa masyarakat kembali ke jalan Allah s.w.t.

1.3 Sebagai satu usaha membentuk persepsi positif terhadap PAS dikalangan penduduk

kawasan Kuantan.

1.4 Menunjukkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Pusat ini memberikan pelbagai perkhidmatan iaitu:

1. Bantuan dalam urusan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan

2. Bantuan mengisi e-Filingbantuan mengisi permohonan ke IPTA secara online

3. Bantuan khidmat nasihat/kaunseling rumahtangga, remaja atau kerjaya

4. Bantuan Anak yatim/ibu tunggal/fakir miskin terbiar/teraniaya

5. Bantuan Bencana Alam

Dengan adanya Pusat Khidmat Masyarakat PAS, sebahagian daripada aduan terutama daripada masyarakat sekitar Kuantan, ahli-ahli dan penyokong PAS daripada cawangan-cawangan PAS akan disalurkan ke Pusat ini dan seterusnya diproses dan disalurkan kepada Pihak-pihak tertentu dan juga Pusat Khidmat Keadilan. Petugas-petugas di Pusat Khidmat PAS akan bekerjasama dengan Petugas-petugas di Pusat Khidmat Keadilan bagi memproses aduan-aduan yang diterima.

Semua penduduk di Kawasan Kuantan dijemput ke Pusat Khidmat Masyarakat PAS


Tiada ulasan: