26 Jun 2008

Penjagaan Otak




Berikut adalah cara-cara yang berkesan untuk menjaga Kesihatan Otak. Secara peribadi aku pun tidak tahu keberkesana nya, tetapi secara logik aku rasa ianya memang sesuai . . .

1. Jangan skip sarapan. Apabila kita tidak bersarapan, kita akan mempunyai “lower blood sugar level”. Apabila ini berlaku, ianya akan menjejaskan perjalanan zat makanan (nutrients) ke otak, dan otak kita akan menjadi kurang active.

2. Makan terlalu banyak dan berlebihan. Ini akan menyebabkan sesalur darah otak mengeras sterusnya akan membuatkan kekuasan mental kita merosot. Sejak masuk bukan syawal nie, aku sendiri pun makan teramatlah banyak, maklumlah banyak open house :) . Dan memang terasa malas sikit.

3. Hisap rokok. Akan mengecutkan otak.

4. Pengambilan gula berlebihan. Ini akan menggangu proses menyerapan zat makanan dan protien dan akan menyebabkan “malnutrition” (kekurangan makanan / kukurangan zat makanan) seterusnyan akan menggangu pembagunan dan perkembangan orak kita.

5. Pencemaran udara. Otak kita adalah pengguna oksigen yang banyak. Apabila kita menghidu udara yang tercemar otak akan kekurangan oksigen dan tahap ke-efficiency otak kita akan merosot.

6. Kurang tidur. Tidur yang cukup akan memberi masa yang cukup untuk otak kita berehat. Apabila kita selalu kurang tidur ini mempercepatkan sel-sel otak kita mati.

7. Tidur menutup kepala. Ini akan menaikan tahap karbon dioksida dan mengurangkan tahap oksigen.

8. Penggunaan otak ketika sakit. Apabila kita berkerja ataupun membuat ulangkaji diwaktu kita demam ataupun sakit, ini akan mengurangkan ke-efficiency otak.

9. Kekurangan berfikir. Befikir merupakan satu cara yang paling efective untuk melatih otak kita. Apabila kita kurang berfikir, ini akan menyebabkan otak kita mengecut.

10. Kekerapan bercakap. Apabila bercakap benda-benda yang baik dan meyampaikan idea idea yang bernas kita sebenarnya akan membagunkan atau mendevelop otak kita dengan lebih effective.

Petua Mengekalkan kebahagiaan


Berikut adalah tips yang telah disarankan oleh pakar motivasi kita yang terkemuka iaitu Datuk Dr Fadilah Kamsah, yang dipetik dari majalah jelita. InsyaALLAH tips-tips yang disarankan ini dapat memulihkan hubungan suami isteri. Tips ini khas buat si isteri . . .
#####
1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin :).

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.

36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semogo hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

12 Jun 2008

MATLAMAT PUSAT KHIDMAT PAS KUANTAN


Era gelombang perubahan politik tanah air selepas PRU12 telah menunjukkan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat termasuklah Parti Islam SeMalaysia PAS. Alhamdulillah terdapat perubahan-perubahan yang positif terhadap persepsi rakyat terhadap PAS. Rakyat hari ini sudah mula nampak dan sedar akan matlamat dan perjuangan PAS iaitu untuk mengembalikan manusia kepada Allah s.w.t dan membela masyarakat yang teraniaya dan tidak terbela dari semua kaum tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu PAS telah mengambil peluang diatas sokongan rakyat khususnya dikawasan Kuantan ini untuk memberikan khidmat yang lebih tersusun dan terancang agar masyarakat mudah mendekati PAS dan mendapatkan khidmat daripada PAS serta kerja-kerja da’wah juga dapat disampaikan kepada mereka. Dengan itu, PAS Kawasan Kuantan telah menubuhkan dengan rasminya Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kuantan yang bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kuantan, Taman Guru bermula pada 2 Jun 2008.

Matlamat Penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat PAS:
1.1 Sebagai satu usaha membantu rakyat susah, miskin dan tidak terbela

1.2 Sebagai satu usaha mendekatkan dan memperkenalkan PAS kepada rakyat

bagi membawa masyarakat kembali ke jalan Allah s.w.t.

1.3 Sebagai satu usaha membentuk persepsi positif terhadap PAS dikalangan penduduk

kawasan Kuantan.

1.4 Menunjukkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Pusat ini memberikan pelbagai perkhidmatan iaitu:

1. Bantuan dalam urusan dengan Jabatan-jabatan Kerajaan

2. Bantuan mengisi e-Filingbantuan mengisi permohonan ke IPTA secara online

3. Bantuan khidmat nasihat/kaunseling rumahtangga, remaja atau kerjaya

4. Bantuan Anak yatim/ibu tunggal/fakir miskin terbiar/teraniaya

5. Bantuan Bencana Alam

Dengan adanya Pusat Khidmat Masyarakat PAS, sebahagian daripada aduan terutama daripada masyarakat sekitar Kuantan, ahli-ahli dan penyokong PAS daripada cawangan-cawangan PAS akan disalurkan ke Pusat ini dan seterusnya diproses dan disalurkan kepada Pihak-pihak tertentu dan juga Pusat Khidmat Keadilan. Petugas-petugas di Pusat Khidmat PAS akan bekerjasama dengan Petugas-petugas di Pusat Khidmat Keadilan bagi memproses aduan-aduan yang diterima.

Semua penduduk di Kawasan Kuantan dijemput ke Pusat Khidmat Masyarakat PAS


11 Jun 2008

~*Jom Berfikir*~


EMANSIPASI DAN EKSPLOITASI


Pernahkah anda mendengar mengenai emansipasi kaum wanita? Di Malaysia mungkin perkataan ini agak asing, tetapi kaum wanita Barat amat sinonim dengan perjuangan emansipasi kaum wanita. Emansipasi membawa maksud pembebasan atau kesamaan hak. Pada awalnya, emansipasi wujud seawal kurun ke 17, apabila masyarakat Barat cuba membebaskan diri daripada tekanan pihak gereja. Perubahan arus masyarakat, telah menyebabkan gerakan pembebasan turut merasuki semangat wanita Barat yang menuntut kebebasan dan kesamaan hak dengan kaum lelaki hinggalah wujudnya golongan feminist dalam masyarakat Barat yang telah menjadi sebuah gerakan terancang pada awal abad ke 19. Di Indonesia pula, sejarah emansipasi mula didengungkan oleh masyarakat ketika kuasa kolonial Hindia Belanda mengeksploitasi tenaga masyarakat pribumi untuk mengaut keuntungan.


Kini emansipasi amat sinoniom dengan wanita, sehingga di beberapa buah negara termasuklah Malaysia tertubuhnya kementerian khusus untuk menjaga hak wanita iaitu Kementerian Pembangunan Wanita dan Sosial. Ini merupakan salah satu wadah untuk memperjuangkan kesamarataan hak wanita walaupun tidak terzahir dengan jelas perjuangan emasipasi wanita di Malaysia. Hakikatnya, wanita di Malaysia tidak pernah terpinggir dalam banyak segi di Malaysia, sebagai contohnya dalam peluang melanjutkan pelajaran, memilih pekerjaan dan pembahagian gaji. Oleh itu kita tidak melihat ketumbukan yang kuat dalam pertubuhan-pertubuh an wanita di Malaysia dalam memperjuangkan hak-hak ini.


Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, kita pernah terdengar mengenai isu poligami yang menjadi perhatian beberapa pertubuhan wanita Malaysia seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuh an Wanita Malaysia, Sisters In Islam, Persatuan Peguam-Peguam Wanita Muslim dan lain-lain; yang telah menyuarakan dengan lantang kebimbangan mereka terhadap suami yang ingin berpoligami. Isu tersebut menjadi hangat terutama apabila kerajaan Selangor memansuhkan peraturan tandatangan isteri yang sedia ada di dalam borang permohonan jika seseorang suami itu berhasrat untuk berpoligami. Kemudian isu ini dikaitkan pula dengan bermacam-macam insiden seperti pengabaian tanggungjawab suami terhadap isteri pertama, keadilan, nafkah dan lain-lain.


Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut, kerana terpulang kepada kita untuk menilai buruk dan baiknya poligami mengikut persepsi dan keadaan sendiri. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini adakah relevan isu ini diperbesarkan kerana isu poligami merupakan isu kontrovesi sepanjang zaman yang tak pernah akan selesai tanpa toleransi dan pemikiran yang rasional. Ada baiknya kita menumpukan pada nasib kaum wanita kita yang dieksploitasi oleh beberapa pihak untuk mengaut keuntungan, sama seperti apa yang pernah penjajah lakukan pada kita suatu masa dahulu.


Faktor ekonomi telah menjadi potensi pemberdayaan wanita. Wanita bekerja mencari nafkah adalah wajar dipandang dari kesetaraan antara manusia tetapi pada masa yang sama wanita juga dianggap bernilai dan berharga tinggi menjadi penghias majalah, iklan dan pemasar. Natijahnya, kaum lelaki puas melihat keindahan, perempuan pun senang dan mengidolakan, wang beredar berputar, ekonomi naik, semua sejahtera. Eksploitasi pun akhirnya dimaafkan, semua benar, atau semua salah, dan statistik kejadian rogol dan bunuh wanita yang menang.


Berbalik pada persoalan emansipasi tadi, saya merasakan ini merupakan satu persoalan rumit yang perlu diteliti oleh pertubuhan-pertubuh an wanita di Malaysia. Sistem telah mengarahkan lelaki dan wanita dalam eksploitasi bertopengkan emansipasi, keduanya tidak hanya objek tetapi juga sebagai pelaku. Kita, baik lelaki atau wanita tanpa kita sedar atau tidak sedang dieksploitasi. Tidakkah anda smua terfikir?


SELAMAT BERFIKIR UNTUK MENCARI KEBENARAN

Penulis

Peringatan Bersama


Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

5 Jun 2008

Ahlan Wa Sahlan...Selamat Datang...

Assalamualaikum w.b.r...

Selamat datang ke blog rasmi Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Kuantan.
Anda dialu-alukan datang menziarahi kami pada bila-bila masa mengikut waktu pejabat.
Semoga kita semua sentiasa diberkati ALLAH..

Hijri and Gregorian calendar, Date conversion, Special Islamic days and events.

Hijri and Gregorian calendar, Date conversion, Special Islamic days and events.